ADUN Perlis tak duduk diam bantu mangsa banjir



ADUN Perlis tak duduk diam bantu mangsa banjir
October 10, 2024

Mohd Ridzuan bersama pasukan bencana anak muda DUN Guar Sanji turun melawat kawasan yang dinaiki air di Titi Besi, Paloh dan Jelempok pada jam 1.15 pagi

KANGAR: Jumlah mangsa banjir di Perlis meningkat kepada 773 orang daripada 245 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 696 mangsa daripada 208 keluarga 

Menurut Pengarah APM Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud, kesemua mangsa kini ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kangar dan Arau.

“Kampung-kampung terjejas termasuk Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau dan Kampung Repoh di Kangar serta Kampung Kubang Gajah dan Kampung Gial di Arau.

“PPS pula melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) sena, SK Bintong, SK Guar Nangka, SK Arau, SK Kubang Gajah dan Kolej Vokasional Kangar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Banjir kilat itu berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang bermula pada 7 Oktober malam sehingga awal pagi 8 Oktober.

Sejak malam kejadian, ADUN Perikatan Nasional (PN) bersama sukarelawan Jabatan Amal Malaysia dan Khidmat Malaysia, serta Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) turun padang membantu mangsa.

ADUN Santan, Ustaz Muhammad Azmir Azizan bergerak ke Kampung Paya sejurus selepas mesyuarat selesai, bersama MPKK DUN Santan, untuk membantu penduduk.

ADUN Sena, Marzita Mansor, turut meninjau keadaan mangsa di beberapa kawasan terjejas seperti Kampung Baru dan Taman Koperasi.

ADUN Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim pula dalam pada itu turun memantau keadaan pintu air dan tebing sungai yang terjejas.

Katanya, lebih RM1 juta telah dibelanjakan bagi menangani masalah banjir di kawasan tersebut.Haziq Asyraf turun meninjau keadaan mangsa

ADUN Beseri, Haziq Asyraf Dun turun membantu penduduk Batu Tujuh, manakala di DUN Mata Ayer, Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) turut memindahkan seorang warga emas yang terperangkap akibat banjir.

Bantuan kepada mangsa banjir terus disalurkan tanpa mengira latar belakang politik.

ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan, melawat PPS yang beroperasi dan menyeru agar semua mangsa bersabar menghadapi ujian ini.

ADUN Chuping, Saad Seman pula turut bersama MPKK menziarahi mangsa di Masjid Nurus Saadah serta PPS SK Guar Nangka, diiringi oleh wakil Ahli Parlimen Padang Besar yang turut menyumbangkan bantuan.

Usaha membantu mangsa banjir terus digerakkan oleh semua pihak yang terlibat, dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan dan kebajikan rakyat. – HARAKAHDAILY 10/10/2024

share & sebarkan:

Ulasan