Bukan senang jadi bos
Oleh ZULKIFLI JALIL
1 Disember 2024, 8:20 am
SETIAP Perdana Menteri dan Presiden mempunyai cara atau gaya beliau sendiri dalam melakukan sesuatu.
Tiada dua Perdana Menteri dan presiden menangani sesuatu isu dengan cara sama. Ia bukanlah sesuatu yang misteri, seperti mana pengalaman Malaysia telah membuktikannya.
“Bos macam mana hari ini? Bos okay minggu ini? Bos ke luar (negara) bila lagi?” Demikian antara sering diajukan saya kepada para pegawai pejabat perdana menteri (PMO) dalam tempoh tiga dekad bergelumang dalam ketanggungjawaban media ini.
Setiap tindakan seorang bos senantiasa ke arah kebaikan, tetapi penuh harapan dan berisiko.
Dr. Mahathir
Tun Dr. Mahathir Mohamad contohnya hanya lima bulan selepas menjadi Perdana Menteri, pada 31 Disember 1981,11:30 malam, jutaan rakyat Malaysia menyaksikan jam di menara Bangunan Sultan Abdul Samad dipercepatkan 30 minit menjadi 12 tengah malam.
Semua jam di Semenanjung juga diarah berbuat demikian. Ini menjadikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung mempunyai masa tempatan yang sama. Singapura turut mengikutnya tanpa sebarang bantahan.
Tetapi ramai mempertikaikan pemilihan GMT +8 sebagai Waktu Piawai Malaysia (WPM). Bukankah pusat ekonomi Malaysia ketika itu adalah di Kuala Lumpur? Mengapa tidak diselaraskan kepada GMT +7.30?
Tetapi Dr. Mahathir ada pengamatannya sendiri. Iaitu mengambil kira pengaruh ekonomi yang lebih meluas.
Kuasa ekonomi besar di rantau ASEAN seperti Hong Kong, China dan Taiwan menggunakan zon masa GMT +8, jadi berada pada zon masa yang sama dengan kuasa-kuasa ini dikira akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing
Itu belum lagi percaturan beliau dalam menghadapi krisis kewangan dunia pada 1997, dengan melancarkan beberapa perubahan dalam ekonomi dan asas fiskal negara. Dr. Mahathir dengan berani melupuskan Ringgit Malaysia di luar negara, menjadikan matawang itu tidak sah diperdagangkan. Ini menyebabkan matawang ringgit melimpah masuk ke dalam negara.
Beliau juga memberikan pengecualian cukai sebagai insentif kepada mereka yang membawa masuk semula wang yang banyak ke dalam negara. Seterusnya menghalang pengaliran modal ke luar negara.
Tindakan ini memeranjatkan George Soros, raja pelaburan matawang terkenal yang telah mempersendakan beliau, tempelaknya – akan mengundang kebinasaan.
Sebaliknya tindakan Dr Mahathir yang ‘kejam’ ini berjaya mempertahankan kestabilan kewangan Malaysia tanpa perlu mengambil pinjaman Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) seperti Thailand dan Indonesia.
Lee Kuan Yew
Di sebelah selatan tanah air, siapa yang tidak kenal dengan ‘harimau berantai’ Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, pengasas Singapura moden.
Antara tindakan nekadnya selepas kemerdekaan republik itu pada 1963 adalah menutup sekolah-sekolah dan universiti Cina di Singapura. Kemudian menggantikannya dengan sekolah kebangsaan Inggeris di seluruh Singapura.
Universiti pula digantikan sebuah Universiti Cina dengan University Nasional Singapura berpengantar bahasa Inggeris. Walaupun ini dilakukan serentak dengan penutupan sekolah Melayu dan Tamil tetapi menutup sekolah kaumnya sendiri yang merupakan majoriti di Singapura memerlukan keazaman dan keberanian untuk bertindak luar biasa – kemungkinan menghadapi risiko kekacauan dan rusuhan besar.
Untuk menghapuskan Universiti Cina dalam tahun 1980, Nanyang University dipaksa bergabung dengan University Singapore bagi mewujudkan National University of Singapore.
Orang India Singapura menangis apabila sebuah sekolah menengah Tamil tertua di Singapura ditutup dalam tahun 1982 kerana sekolah ini merupakan benteng terakhir bagi bahasa Tamil di Singapura.
Mereka telah membinanya pada 1946 menerusi darah, keringat dan air mata dan mengadakan tabung sumbangan bulanan bagi penyelengaraannya. Kebanyakan mereka ialah penjual akhbar Tamil yang melihat penutupan itu bererti gelaplah masa depan bahasa Tamil.
Apa yang mereka takuti benar benar belaku di Singapura waktu itu. Lapan minggu selepas perpisahan dari Malaysia dalam Oktober 1966, Dewan Perniagaan Cina yang disokong oleh kesatuan guru-guru Cina, pengarang-pengarang akhbar Cina dan pemimpin-pemimpin berbagai-bagai persatuan suku kaum Cina mendesak kerajaan Singapura memberikan jaminan untuk menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi di Singapura.
Belum pun kempen ini bermula, Kuan Yew telah mencantasnya dengan memberitahu mereka bahawa semua bahasa utama di Singapura mempunyai taraf yang sama walaupun sebenarnya pada masa itu beliau memang telah bercadang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
Lima hari selepas pengumuman itu, dengan tujuan untuk menakutkan pejuang-pejuang bahasa Cina yang mewakili empat dewan Cina, Kuan Yew memanggil dan memberi amaran kepada mereka di bawah suluhan cahaya lampu televisyen bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapa juga mengeksploitasi bahasa Cina sebagai isu politik.
Dengan itu tamatlah suatu percubaan untuk mengangkat martabat bahasa Cina. Tetapi beberapa orang pemimpin pelajar yang berasal dari Malaysia telah meneruskan tindakan bantahan dengan mengetuai tunjuk perasaan pelajar-pelajar Nanyang University dan juga Ngee Ann College di hadapan pejabatnya. Kuan Yew mengarahkan mereka ditangkap dan dihantar pulang ke Malaysia.
Pada 1987 bahasa Inggeris secara rasmi menjadi bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan di Singapura. Tidak ada lagi sekolah Cina, Melayu dan India. Aliran pemikiran pendidikan Inggeris telah meruntuhkan sentimen perkauman, merasionalisasikan sikap, mengawal pengucapan dalam masyarakat berbilang kaum dan menjadi benteng pertahanan kepada masyarakat ‘Singaporean Singapore.’ Maka itu orang Cina Malaysia yang kebanyakannya masih kecinaan dalam cara hidup mereka berasa terasing dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan generasi baharu Singapura.
Dan lihatlah hasilnya sekarang Singapura – sebuah negara moden lengkap serba-serbinya, baik ekonominya dengan rakyat berpiawaian tinggi terkenal seantero dunia.
Suharto

Di seberang Indonesia pula, walaupun negara itu mempunyai etnik minoriti Cina yang berjumlah besar, negara itu menerapkan sistem sekolah aliran tunggal yang menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa tunggal untuk pengajaran.
Di bawah pentadbiran bekas presiden Suharto, kerajaan menghalang budaya Cina ditonjolkan termasuk nama yang berbunyi Cina bagi menyerapkan identiti Cina dengan identiti Jawa-Melayu, penduduk majoriti Indonesia. Hasilnya amat menakjubkan – bahasa Indonesia dipertuturkan bukan sahaja lancar sekali tetapi wajib semulajadi oleh masyarakat Tionghoanya.
Anwar
Harus diakui, siapapun yang menjadi peneraju kerajaan hari ini akan berdepan laluan sukar dan perit. Dengan cara hidup siber, Malaysia terlalu kecil untuk mereka yang gemar troll sana, troll sini.
Bagi kerajaan yang berkuasa diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, harung sahajalah cabarannya biarpun getir. Yang penting rakyat merasai nikmat dan manfaatnya.
Pergilah, jelajahlah dan capailah sasaran pelaburan di negara-negara luar sana. Tiada guna bos duduk di ofis menanti sahaja tetamu untuk datang membawa pelaburan. Terus nekad, bulatkan hati – perbetulkan yang biasa, biasakan yang betul.
Cuma, jangan ada lagi ‘tukang-tukang amin’ yang tidak memperbetulkan langkah-langkah sumbang bos dan pemimpin.
Bagus dan wibawanya Jemaah Menteri, tempiasnya kepada kerajaan. Molek khidmat baktinya kepada rakyat, imej baik hinggap kepada nombor satu. Jangan biarkan Perdana Menteri atau bos bersendirian mentadbir negara dan jabatan. Nasib rakyat bergantung kepada Jemaah Menteri yang juga ahli politik
Di tangan ahli politiklah letaknya tunjang kemajuan pembangunan. Jika baik kelakunya, nasib baiklah kita. Pincang ahli politik, ranaplah segala
Jika agresif sekalipun kemunculan kelibat si kitol dan raja mendeliarnya, tidak kurang kelibat Hang Tuah dan Hang Jebat, dengan Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturinya, tunggu sahaja gelanggang pilihan raya umum ke-16 dalam kurang tiga tahun ini.
Waktu itu biar rakyat memilih antara “yang hak dengan yang bathil, antara yang benar dengan yang mendustakan”.
Dr. Mahathir, Lee Kuan Yew dan Suharto telah membuktikannya. Beri peluang dan ruang kepada perdana menteri Anwar untuk merencanakan Malaysia yang berpiawaian tinggi
Bukan senang jadi bos!
Ulasan
Catat Ulasan