Lebih 152,000 mangsa banjir berada di 679 PPS


Lebih 152,000 mangsa banjir berada di 679 PPS
December 1, 2024

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi meninjau tempat berhenti bot penyelamat dari Kampung Ana, Jal Besar, Cherang Melintang, Kajang Sebidang dan kampung berdekatan.

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 152,341 orang daripada 45,391 keluarga sehingga jam 8.00 pagi ini, menurut portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).

Mereka berada di 679 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri yang terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Johor, Melaka dan Pahang.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir ialah 96,929 orang daripada 30,116 keluarga yang berada di 283 PPS.

Mangsa banjir yang paling ramai ialah di Pasir Mas dengan jumlah 30,610 orang, Tumpat (16,717), Kota Bharu (14,157), Pasir Puteh (9,776), Bachok (6,952), Kuala Krai (6,614), Machang (6,098), Tanah Merah (5,318), Jeli (660) dan Gua Musang (27).

Di Terengganu pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 43,581 orang daripada 11,757 keluarga yang kini berada di 306 PPS.

Daerah Besut mencatatkan paling ramai mangsa banjir iaitu 16,084 orang, Hulu Terengganu (7,076), Dungun (6,404), Setiu (6,310), Kuala Terengganu (2,940), Kuala Nerus (2,307), Kemaman (1,685) dan Marang (775).

Mangsa banjir di Kedah berjumlah 8,618 orang, Negeri Sembilan (1,930), Johor (569), Perlis (226), Melaka (296), Selangor (114), dan Pahang (78). – HARAKAHDAILY 1/12/2024

Ulasan