
Apa itu RUU Pendanaan Politik?
February 4, 2025
RANG Undang-undang (RUU) Pendanaan Politik ini bertujuan untuk kawal-selia semua sumber dan penggunaan dana setiap parti politik.
Ini untuk memastikan setiap parti politik di Malaysia menguruskan dana parti yang disumbang oleh orang awam atau swasta secara telus dan bersih tanpa berlakunya apa-apa penyelewengan atau amalan rasuah.
Usul bagi RUU Pendanaan Politik ini yang dikenali sebagai Akta Pendanaan Politik 2022 telah dicadangkan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
Antara tujuan akta ini diperkenalkan ialah:
i. mengawal dana awam dan swasta untuk parti politik,
ii. melarang pendermaan tertentu,
iii. mewajibkan pendedahan penuh terhadap derma yang diterima oleh parti.
Secara ringkas akta ini sangat perlu bagi mengurus dan mengawal selia dana politik yang diterima oleh setiap parti.
Petang ini, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi menjemput saya dan beberapa Ahli Parlimen lain bagi membincangkan draf awal berkenan RUU Pendanaan Politik ini.
4 Februari 2025
Mesyuarat Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihanraya dan Reformasi Institusi bil. 1/2025
Sumber:
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Alor Setar – HARAKAHDAILY 4/2/2025
Ulasan
Catat Ulasan