

Berita
Buru buku haram, KDN buat lawatan 'hari kekasih' ke kedai buku
Diterbitkan: Feb 14, 2025 2:03 PM
Dikemaskini: 2:13 PM
Sebuah kedai buku di Petaling Jaya, Selangor yang terkenal dengan penerbitan buku-buku kiri menerima kunjungan pegawai Kementerian Dalam Negeri Hari ini.
"Temu janji hari kekasih," tulis kedai buku yang diasaskan oleh bekas tahanan tanpa bicara Chong Ton Sin, di media sosialnya hari ini.
Gerak Budaya mendedahkan KDN mencari “buku haram” di kedai mereka tetapi tidak menemuinya.
"Kamu rasa kami ada," usik Gerak Budaya.
Gerak Budaya dan KDN setakat ini tidak mendedahkan buku apa yang dicari itu.
Bagaimanapun kerajaan enam hari lalu mengharamkan tiga lagi buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Benz Ali dan All That's Left In The World oleh Erik J Brown.
Gerak Budaya pernah menerbitkan beberapa buah buku karya Benz Ali, penulis dan aktivis yang berpangkalan di ibu negara.
Ulasan
Catat Ulasan