
Dr Zaliha akui wujud pemilik rumah sewakan kepada pihak lain
Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid - Februari 12, 2025 @ 12:03pm
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengakui wujudnya kegiatan pemilik rumah perumahan awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bertindak menyewakan rumah mereka kepada pihak lain bagi mendapatkan keuntungan.
Katanya, bagi mengatasi perkara itu, antara tindakan yang dilakukan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah dengan melakukan bancian secara berkala.
"Bancian secara berkala untuk memastikan rumah yang disediakan oleh PBT benar-benar diberikan kepada mereka yang mahu sama ada menyewa atau memiliki.
"Jikalau kita dapati penyewa itu memberikan sewaan kepada orang lain, kita akan mengambil tindakan tegas kepada penyewa itu," katanya dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) mengenai rumah mampu milik yang disediakan disalahgunakan bagi mendapatkan keuntungan.
Ulasan
Catat Ulasan