Gempa bumi kuat gegar Laut Caribbean, cetus amaran tsunami



Gempa bumi kuat gegar Laut Caribbean, cetus amaran tsunami
Oleh Wartawan Luar Negara
9 Februari 2025, 8:28 am

WASHINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 7.6 skala Richter menggegarkan Laut Caribbean petang semalam, kira-kira 209 kilometer dari pantai Kepulauan Cayman.

Menurut agensi pemantauan Amerika Syarikat (AS), gegaran itu mencetuskan amaran tsunami berbahaya.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gelombang tsunami berbahaya yang dicetuskan oleh gempa itu berkemungkinan berlaku dalam radius kira-kira 997 km dari pusat gempa di sepanjang pantai kepulauan Cayman, Jamaica, Cuba, Mexico, Honduras, Bahamas, Belize, Haiti, Costa Rica, Panama, Nicaragua dan Guatemala.

Kajian Geologi AS (USGS) berkata, gegaran itu berlaku pada kedalaman cetek.– AFP

Ulasan