Pemandu lori cuai dipercayai punca nahas dua maut, dua parahOleh Hazira Ahmad Zaidi - Februari 8, 2025 @ 7:53am
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Sungai Sam, petang semalam. - Foto JBPM
KUALA KRAI: Kemalangan yang mengorbankan dua nyawa di Kilometer 107, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Sungai Sam, petang semalam dipercayai akibat kecuaian pemandu lori yang memasuki laluan bertentangan.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan jam 4.50 petang dipercayai berlaku apabila lori Isuzu dari arah Kota Bharu ke Kuala Lumpur bertembung Perodua Axia dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Sungai Sam, petang semalam. - Foto JBPM
Kemalangan yang mengorbankan dua nyawa di Kilometer 107, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Sungai Sam, petang semalam. - Foto JBPMDi lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung Axia.
"Akibat perlanggaran itu, pemandu dan penumpang belakang Axia yang masing-masing berusia 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Sementara itu, dua lagi penumpang Axia dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk rawatan. Pemandu lori cedera ringan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, polis masih menunggu laporan ujian air kencing pemandu lori.
"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Balai Polis Trafik Kuala Krai di talian 09-9666222," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan