Apakah dasar kerajaan perkukuh perdagangan dengan AS?


Apakah dasar kerajaan perkukuh perdagangan dengan AS?
March 24, 2025

Senator Che Alias Hamid

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan cabaran besar dalam memastikan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) kekal kukuh di sebalik ketegangan geopolitik global dan ancaman tarif 100 peratus yang dicadangkan oleh pentadbiran Presiden, Donald Trump.

Senator Che Alias Hamid menggesa kerajaan memperincikan dasar dan strategi bagi memperkukuhkan hubungan dagang serta pelaburan dengan AS yang merupakan rakan dagang ketiga terbesar negara selepas China.

“Apakah dasar dan strategi kerajaan dalam memperkukuhkan hubungan perdagangan serta pelaburan dengan AS dalam konteks kekangan geopolitik yang semakin meningkat sekarang ini.

“Selain itu, apakah langkah mitigasi yang diambil bagi memastikan Malaysia tidak dikenakan tarif 100 peratus berikutan kedutaannya dalam Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS), katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, di sini, hari ini

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, berkata Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan mengekalkan hubungan baik dengan semua negara bagi menjamin kestabilan ekonomi.

“Hubungan kita dengan AS adalah baik. Kita berdagang dengan mereka dan kita mendapat manfaat kerana kita mempunyai lebihan dagangan lebih 70 bilion dolar AS,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/3/2025

Ulasan