BENCANA KEBAKARAN PIPE LINE DI PUTRA HEIGHT: KHIDMAT MALAYSIA BERI PERTOLONGAN KECEMASAN
1. Pagi ini, kita telah dikejutkan dengan kejadian bencana kebakaran yang berlaku di kawasan perumahan yang terletak di Putra Height, Subang Jaya, Selangor. Ia dikatakan berlaku berhampiran dengan stesen PETRONAS di Putra Height.
2. Melalui siaran secara 'live' yang disiarkan oleh Tiktokers di laman aplikasi Tiktok, kebakaran tersebut kelihatan sangat membimbangkan akan memberi kesan kepada penduduk yang berdekatan dengan lokasi kejadian.
3. Khidmat Malaysia di peringkat kawasan Puchong telah membuat pemantauan terhadap kejadian tersebut. Penyelaras Khidmat Malaysia Puchong, Tuan Ashrul Hisyam Abdul Jalil memaklumkan bahawa usaha untuk mengumpulkan petugas bagi membantu para mangsa yang tercedera akibat melecur telah dilakukan melalui Lajnah Kesihatan PAS, PAPISMA, MEDICOM dan petugas ambulans Amal Health Care bagi menghantar petugas Medik ke kawasan bencana.
4. Menurut beliau, usaha untuk mengumpulkan petugas Medik ke Masjid Nurul Iman di Kampung Tengah sedang diusahakan kerana dilaporkan bahawa ramai yang melecur akibat dari kebakaran ini.
5. Khidmat Malaysia menyeru kepada para petugas dan sukarelawan yang berada berhampiran dengan di lokasi berkenaan supaya dapat menghubungi beliau dengan kadar segera. Khidmat Malaysia juga akan membantu mangsa di 'Green Zone' selepas mangsa dikeluarkan dari kawasan bencana.
6. Semoga mangsa yang tercedera dapat dirawat dengan secepat mungkin dan semoga dipermudahkan segala urusan para petugas Khidmat Malaysia dan agensi yang turut bertugas di lokasi bencana.
7. Khidmat Malaysia akan terus memantau perkembangan yang berlaku di kawasan bencana.
Sekian.
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
1 April 2025, 12.30 tengahari.

Ulasan
Catat Ulasan