YANG UMDAP TIGA EMPAT ORANG TU - DR AKMAL SALEH


YANG UMDAP TIGA EMPAT ORANG TU - DR AKMAL SALEH

1. Ramai yang tertunggu-tunggu komen Datuk Dr Akmal Saleh terhadap laungan slogan UMDAP MANTAP yang dibawa oleh Nga Kor Meng ke Ayer Kuning kerana rata-rata pemimpin utama UMNO mendiamkan diri. Nak kata salah, tak kata pun salah.

2. Tapi siang tadi, Dr. Akmal telah hadir berkempen di Ayer Kuning dan tegaskan bahawa mereka bukan UMDAP tapi mereka adalah UMNO BN.

3. Cuma yang mendapat perhatian adalah beliau kata "Yang UMDAP tiga empat orang tu" yang ditujukan kepada beberapa pimpinan UMNO yang saya percaya terhadap kepimpinan tertinggi UMNO.

4. Bermakna, Dr Akmal juga memperakui apa yang disebutkan selama ini bahawa UMDAP itu wujud tetapi bukan UMNO secara keseluruhannya

5. Secara tidak langsung, kenyataannya selari dengan apa yang sebutkan selama ini bahawa UMDAP wujud disebabkan pemimpin tertinggi UMNO yang sanggup bersekongkol dengan DAP/PH untuk membentuk kerajaan.

6. Sudah masanya Dr Akmal nyatakan kepada umum siapakah tiga empat orang yang dimaksudkan itu. Ramai yang nak tahu...

KFAK

Ulasan