LAWAN TETAP LAWAN (?)
1. Dalam ucapan penangguhan Presiden PKR baru-baru ini, DSAI ada melaungkan "Lawan Tetap Lawan!" apabila menyebut tentang isu URA yang sedang diperjuangkan oleh PAS/PN. Walaupun saya memang terkeliru apa yang sebenarnya DSAI sebagai PMX ingin berhadap sedangnkan beliau adalah Perdana Menteri bukannya Ketua Pembangkang.
2. Slogan "Lawan Tetap Lawan" sangat sinonim dengan DSAI seperti mana slogan "Saya Ulang!" dan "Hari Ini Kita Menang, Esok Minyak Turun" namun saya nak kaitkan slogan keramat ini dalam isu perbicaraan Yusuf Rawther.
3. Saya fikir DSAI lawan sahajalah di mahkamah, tidak perlu untuk fail notis rayuan. Tunjukkan keberanian DSAI seperti yang umum kenali. Gunakan mahkamah untuk buktikan bahawa semuanya adalah fitnah.
4. Peribahasa "Berani kerana benar, takut kerana salah" bermaksud jika kita berada di pihak yang benar, tidak perlu takut melainkan ianya sebaliknya.
Amacam; Lawan Tetap Lawan?
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan