GEMPA BUMI 7.8 MAGNITUD GEGARKAN FILIPINA



GEMPA BUMI 7.8 MAGNITUD GEGARKAN FILIPINA

Sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan maut selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Filipina pada pagi ini.

Gempa tektonik itu berlaku berhampiran Maasim, Sarangani di Pulau Mindanao pada kedalaman 33 kilometer dan merupakan antara gempa bumi terbesar yang direkodkan pada tahun 2026.

Pihak berkuasa Filipina masih menjalankan operasi penilaian kerosakan serta mengesahkan jumlah sebenar mangsa terlibat.

Doakan keselamatan rakyat Filipina dan semua yang terkesan oleh bencana ini.
8 Jun 2026

Ulasan