MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR: NOSTALGIA 15 TAHUN YANG LALU
Alhamdulillah, pagi ini saya dijemput untuk menghadiri majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor Kali Ke-54. Majlis ini dirasmikan oleh adinda saya, Ustaz Hanif Jamaluddin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Kehadiran saya hari ini mengimbau kembali ke tahun 2011, 15 tahun dahulu ketika menyampaikan Ucaptema Ketua Pemuda PAS Negeri Johor untuk Kali yang terakhir dengan tajuk "Melangkah Ke Nusajaya" sebagai persiapan untuk Pemuda PAS Johor bersiap menghadapi pilihanraya umum.
Ucapan penuhnya boleh klik di sini;
Antara petikan dihujung ucapan saya sebagai ucapan perpisahan;
"Kata pujangga, semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan"
Kepada Anak Muda, manfaatkan zaman muda ini untuk mencari sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman dalam dunia kepimpinan politik. Ilmu ini tidak akan dapat dalam bilik kuliah melainkan anda sendiri meletakkan diri dalam kancah politik dan mendepani cabaran yang mendatang.
Anak Muda perlu berada bersama anak muda dalam pelbagai segmen yang ada. Bersedia untuk menjadi ikon dalam masyarakat. Manfaatkan Ucaptema Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan ucapan Perasmi sebagai panduan gerakerja DPPNJ.
Semoga Pemuda PAS Negeri Johor akan terus Melangkah Gagah Kehadapan sebagai pimpinan Anak Muda dan pemimpin masa hadapan PAS di Johor.
Perjuangan suci ranjau berduri,
Hadapi tekanan tidak terperi,
Namun segalanya tiada dipeduli,
Hanya mengharap redha Ilahi.
Permatang rimba bersuluh terang,
Ranting bersilang taut pegaga,
Wahai Pemuda terus berjuang,
Walau dengan darah dan airmata.
Ke Kuala Sedili mencari kerang
Kerang di bawa di dalam perahu
Perit berjuang tiada kepalang,
Demi keredhaan Tuhan yang satu.
Siru ala barakatillah.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor (2005-2011)
Dewan Muafakat, Ayer Hitam, Johor
1 Ogos 2026

Ulasan
Catat Ulasan