INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN
Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya binti Mohd Khairul Faisal yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Oktober 2026.
Allahyarhamah telah ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam kawasan sekolah pada sebelah petang semalam. Walaupun ada spekulasi yang sedang bertebaran namun sebaiknya kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.
Pemergian Allahyarhamah, seorang murid yang masih muda, sudah tentu merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh keluarga, sahabat handai dan seluruh warga sekolah.
Saya mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikannya serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Al-Fatihah.

Ulasan
Catat Ulasan