Kenyataan Media - Laporan Polis Terhadap MB Trengganu


Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
  26 Rabiul Awal 1433 bersamaan 19 Februari 2012

Tajuk : Laporan Polis Pemuda PAS Terhadap Menteri Besar Trengganu

Dewan Pemuda PAS akan membuat laporan polis terhadap satu kenyataan fitnah jahat yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dalam suratkhabar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Februari 2012, di ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan dengan tajuk besar bahawa PAS 'PARTI AJARAN SESAT’.

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan membuat laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi dan akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin bin Hassan bersama barisan pimpinan DPPM. Ia akan dibuat pada 20 Februari 2012 (Isnin) pada pukul 10 pagi.

Manakala laporan polis di peringkat negeri akan dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah Persekutuan dan akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri/Wilayah pada tarikh dan masa yang sama. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah yang berkenaan.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ulasan