Lawatan Kerja Dewan Pemuda PAS ke Institut Intergriti Malaysia


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Integriti Malaysia (IIM) pada jam 11 pagi tadi di ketuai oleh Ketua Dewan Pemuda,Ust Nasrudin b. Hassan. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengdakan hubungan dan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta NGO disamping mendapatkan pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan integriti di negara ini.   

Turut hadir dalam rombongan DPPM adalah saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil - Setiausaha DPPM, Saudara Yusapiza bin Yaakob –Penolong Setiausaha DPPM, Saudara Nurul Islam bin Mohamed Yusuf - Pengarah Jabatan Penerangan dan Media Baru DPPM, Saudara Mohamad Suhaimi bin Abd Aziz - Timbalan Ketua Pemuda PAS WP, Saudara Zahriezan bin Jamaludin - Exco DPPN Selangor serta Wan Asrul Affendi bin Mohamad – Pengarah Jabatan IT DPPM   Rombongan DPPM disambut oleh Dr Abu bakar bin Sarpon selaku Timbalan Presiden IIM dan beberapa anggota IIM.  

 Dalam ucapannya, Dr Abu Bakar telah memberikan penerangan mengenai struktur organisasi, peranan dan fungsi  IIM. Jelasnya, IIM dalam jangka panjang berhasrat  membudayakan integriti di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi badan rujukan semua pihak apabila berlakunya sesuatu isu yang melibatkan integriti di dalam negara ini. Beliau juga menyebut bahawa integriti adalah sangat penting dalam usaha mewujudkan keharmonian, keamanan dan nilai serta akhlak masyarakat yang tinggi. IIM, meskipun hanya mampu memberikan pendidikan dan kesedaran terhaap masyarakat dan tidak menjadi badan penguatkuasa dalam memerangi gejala rasuah serta penyelewengan kuasa, dengan kuasa yang diberikan oleh kerajaan itulah IIM bergerak di tengah masyarakat. Beliau akur dan mengakui bahawa integriti dalam sistem di negara amat lemah serta memerlukan masa yang panjang untuk perbaikinya.  

Ketua DPPM, dalam ucapan balasya pula menyatakan dalam muktamar DPPM yang lalu bahawa hasrat untuk mewujudkan politik baru yang lebih berintergriti dan kerjasama dengan IIM akan memudahkan hasrat DPPM tersebut. DPPM juga berminat untuk mengadakan kerjasama dalam aktiviti yang dianjurkan bagi membina ahli-ahli pemuda PAS yang berintegriti dalam masyarakat.

Ulasan