Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Alhamdulillah, walaupun hari ini saya mengiringi Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad untuk menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Damansara, saya masih sempat lagi sampai di Mahkamah untuk melihat perkembangan kes Adam Adli yang di tahan baru-baru ini.
Disebabkan 'appointment' telah ditetapkan pada pukul 11 pagi maka kami selesaikan terlebih dahulu urusan kami dan terus ke Mahkamah Sesyen KL selepas daripada itu.
Setiba kami di sana, kelihatan para penyokong dan wartawan sedang keluar daripada mahkamah dan peguam Adam sedang membuat penjelasan berkaitan dengan kesnya itu.
Adam yang kelihatan letih dan penat tetapi masih mempunyai semangat untuk memberikan kata-kata untuk merangsang anak muda agar terus berjuang.
Negara kita perlukan lebih ramai lagi anak muda yang bersemangat waja seperti Adam Adli. Semoga ini akan menjadi satu permulaan yang baik untuk anak muda untuk bangkit menentang kezaliman dan menegakkan keadilan di negara kita yang tercinta ini.
Wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
-----------------------------------------------------------------
Kes Adam disebut semula 2 Julai, ikat jamin RM5,000
Muhammad Faizal, | 23 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini membebaskan Adam Adli Abdul Halim dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Hakim Norsharidah Awang memutuskan demikian setelah aktivis mahasiswa
itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan
melalui ucapannya pada 13 Mei lalu.
Mahkamah juga membuat keputusan kes tersebut akan disebut semula pada 2 Julai depan.
Adam, 24, dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang
memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan denda
maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Beliau yang diwakili peguam S Ambiga sebelum ini ditahan selama lima hari di lokap Balai Polis Jinjang.
Pagi tadi, lebih 50 orang penyokong aktivis mahasiswa, Adam Adli
Abdul Halim hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, pagi ini bagi
memberi sokongan kepada Adam yang akan didakwa di bawah Akta Hasutan.
Adam telah ditahan di bawah Seksyen 4(1) C Akta Hasutan dan Seksyen
124B Kanun Keseksaan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu berhubung ucapan
beliau pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor
13 Mei lalu.
Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu.
Turut hadir peguam N. Surendran, S Ambiga dan juga bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid.
Pada awalnya keadaan menjadi sedikit kecoh apabila pihak polis tidak membenarkan penyokong Adam Adli memasuki pekarangan lobi mahkamah.
Namun keadaan kembali reda apabila perbincangan dilakukan antara penyokong dengan pihak polis.
Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu.
Turut hadir peguam N. Surendran, S Ambiga dan juga bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid.
Pada awalnya keadaan menjadi sedikit kecoh apabila pihak polis tidak membenarkan penyokong Adam Adli memasuki pekarangan lobi mahkamah.
Namun keadaan kembali reda apabila perbincangan dilakukan antara penyokong dengan pihak polis.
Ulasan
Catat Ulasan