Media Asing Dan Media Tempatan Perlu Bebas Dan Berintegriti

Media Asing dan Media Tempatan Perlu Bebas dan Berintegriti

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Pagi-pagi membaca berita tentang rasa kekesalan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong terhadap akhbar dari luar negara yang mengeluarkan berita yang tidak bertanggungjawab dan mengeluarkan tuduhan-tudahan liar serta melabel Kerajaan Malaysia sebagai punca utama tragedi MH370.
Pastinya, rakyat Malaysia juga tidak dapat menerima perkara ini. Rakyat Malaysia mahukan pemberitaan yang adil dan berintegriti serta tidak berat sebelah agar setiap perkara yang berlaku dapat dinilai dengan seadilnya.
Justeru wajar diambil pengajaran agar ia tidak berterusan di Malaysia dengan kawalan parti pemerintah terhadap media yang terkongkong dengan kehendak satu pihak. Laporan yang berat sebelah yang berlaku selama ini wajar dihentikan agar rakyat Malaysia juga tidak 'dihasut' dengan berita yang akhirnya menimbulkan rasa benci dan mewujudkan permusuhan.
Kawalan dan kongkongan terhadap media di Malaysia dibuktikan dengan Indeks Kebebasan Media 2014 berada di tangga ke-147 daripada 180 buah negara.

Bak kata pepatah daripada peribahasa Melayu " Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar"

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.
Kluang, Johor Darul Takzim
www.khairulfaizi.com
2 April 2014.

Ulasan