Catatan ringkas kuliah subuh Ustaz Idris bin Ahmad pada 29 Julai 2021.



Catatan ringkas kuliah subuh Ustaz Idris bin Ahmad pada 29 Julai 2021.

Tajuk hari ini membicarakan berkenaan hak sahabat kita, antaranya ;
i. Mendoakan sahabat kita. Kamu doakan diri kamu sama seperti kamu mendoakan sahabat kamu.
Doa untuk sahabat bukan semasa hidupnya tetapi jua ketika dia sudah meninggal dunia.
Sebab iti, kena cari kawan soleh yang boleh memberikan keuntungan kepada kita apabila kita mati.
ii. Berkasih dengan sahabat itu dengan zahirnya dan batinnya.
Sayang pada sahabat itu bukan dilidah sahaja tapi termasuklah di dalam hati.
Apabila sahabat kita mati, kita masih meneruskan persahabatan dengan keluarga dan kawan-kawan arwah.
iii. Tidak berubah sikap. Jangan berubah kelakuan daripada tawaduk berubah menjadi sombong. Bila dah jadi senang SMS dia kita tak jawab, handphone dia kita tak angkat dll.
KFAK
Info lanjut, klik ke link kuliah ;

Ulasan