KULIAH SUBUH UIA - NASIHAT AL QAMAH KEPADA ANAKNYA



Sambungan kuliah berkaitan dengan ciri-ciri kawan yang kita nak pilih.

Antaranya adalah, kawan yang baik perangainya. Nasihat Al Qamah kepada anaknya ;

i. Jika kita buat baik dengan dia, dia pula menjaga kita
ii. Jika kita baik dengan dia, dia akan menunjukkan akhlak/perangai dia yang baik dengan baik kita.
iii. Jika kita terputus belanja, maka dia akan berikan kepada belanja.
iv. Jika kita berikan kepada dia maka dia akan tunjukkan pembalasan yang baik.
v. Jika dia melihat daripada kamu berbuat kebaikan, maka dia akan sampaikan kepada orang lain
vi. Jika dia lihat keburukan kamu, nescaya dia akan tutup keburukan itu.
vii. Jika kita minta tolong/bantuan daripada dia, dia akan berikan bantuan tersebut.
viii.  Jika kita kesempitan, dia akan bantu kita walaupun kita tak meminta kerana dia memahami keadaaan kita
ix. Jika kamu papa, dia akan membantu kita
x. Jika kita berkata sesuatu, dia akan membenarkan/mengesahkan
xi. Jika kita serahkan tugas kepada dia, maka dia akan laksanakan
xii. Jika kita berbantah dengan dia, dia akan akan mengalah
Kita tak boleh jadi orang yang tak berkawan dengan orang. Hidup perlu berkawan, sekurang-kurangnya mengangkat tangan dengan jiran. 

Catitan ringkas KFAK daripada Kuliah Subuh Ustaz Idris bin Ahmad pada 19 Julai 2021.

Info lanjut klik sini ;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=288095469759634&id=100000445689628

Ulasan