SANTUNI MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI KLUANG BERSAMA NGO PERMAI CARE







SANTUNI MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI KLUANG BERSAMA NGO PERMAI CARE

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Alhamdulillah, tengahari ini saya berkesempatan untuk menyertai para sukarelawan NGO PERMAI CARE untuk turun menyerahkan sumbangan kepada masyarakat di Kluang. 

Seramai 40 keluarga telah dipilih untuk menerima sumbangan ini. Sumbangan disediakan oleh YADIM (beras, gula, susu dll), ikan segar dan makanan tengahari yang disediakan oleh kedai makan Restoo (Taman Idaman).

Para sukarelawan dipecahkan kepada 4 kumpulan, saya turun bersama Ustaz Saharuddin, sdr Jamal dan anak saya, Hakim.

Kumpulan kami menyantuni 10 orang keluarga di Taman Intan, Taman Kluang Barat dan Taman Delima.

Seperti biasa, saya akan ambil peluang bertanya khabar dan mendengar situasi mereka ketika ini. Kepada anak-anak yang sedang bersekolah, saya berpesan supaya tekun belajar dan dapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Seorang penerima di Taman Kluang Barat, Puan Kalai, terkejut kerana baru semalam dia mendaftarkan nama di JKM tetapi hari ini sumbangan telah diterima. Saya beritahu padanya sememangnya NGO PERMAI CARE berhubung baik dengan JKM Kluang dan kita akan cuba sama-sama membantu. 

Bukan itu sahaja, malah jika ada yang menaikkan bendera putih pun kami akan membantu. Kebetulan, Puan Kalai beritahu saya, semalam beliau memang menaikkan bendera putih sambil menunjukkan bendera putih yang telah beliau turunkan.

Alhamdulillah, NGO PERMAI CARE telah diberikan kepercayaan oleh banyak pihak luar untuk kami sampaikan kepada mereka yang terkesan. Ada yang salurkan sumbangan dalam bentuk wang, ada yang memberikan sumbangan barangan. Apa yang penting, sumbangan ini kami akan pastikan ianya sampai kepada sasaran.
Sama-sama kita hulurkan sumbangan ke akaun NGO PERMAI CARE bak kata pepatah Melayu ; Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Wassalam....

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penasihat NGO PERMAI CARE 
19 Julai 2021

#permaicare
#kitajagakitaAllahjagakita 
#khidmatmalaysiajdt 
#PASPrihatin

Ulasan