SUMBANGAN BUAT PETUGAS CAC STADIUM MELAWAT

SUMBANGAN BUAT PETUGAS CAC STADIUM MELAWAT

Khidmat Malaysia Negeri Selangor bersama NGO Syabab Care Malaysia, KWIK dan Papisma Selangor hari ini telah menyampaikan sumbangan makanan, air mineral dan air kotak buat pertugas di CAC Stadium Melawati pagi tadi di bawah program Tabung Bencana Covid-19 PAS. 

Pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling menyambut wakil Khidmat Malaysia Negeri Selangor Ustaz Noor Najhan Salleh dengan baik dan alhamdulillah kita dapat membina hubungan lebih baik dan lebih banyak kerjasama dan bantuan selepas ini dapat disalurkan.

Dipahamkan pihak PKD Petaling memerlukan beberapa komputer riba bagi memudahkan lagi urusan pendaftaran mereka di sini dan insya Allah pihak KMNS dan Papisma Selangor akan membantu mendapatkannya melalui sumbangan orang ramai ke akaun MAYBANK PAPISMA Cawangan Selangor no akaun : 564164443305. Bukti Resit bayaran boleh serah melalui WhatsApp kepada Dr Syafinaz di talian 0199832625. 

Sebelum itu Khidmat Malaysia Negeri Selangor telah menghantar ramai sukarelawan mereka sebagai pertugas barusan hadapan dan hari ini sahaja lebih 10 pertugas telah dibawa ke CAC Stadium Melawati dibawah operasi ABC-19 NADMA Volunteers For Community Engagement and Empowerment For COVID19.

#BeramalKeranaAllah
#BerkhidmatUntukKemanusiaan
#khidmatMalaysiaNegeriSelangor

Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Ulasan