TABUNG BENCANA COVID PAS SANTUNI 6871 KELUARGA DI JOHOR



TABUNG BENCANA COVID PAS SANTUNI 6871 KELUARGA DI JOHOR

PAS Pusat telah menubuhkan satu sekretariat yang dipanggil Sekretariat Tabung Bencana Covid (STBC) PAS pada 1 Jun 2021 bagi memberikan tumpuan kepada usaha membantu pasukan barisan hadapan (frontliner) dan mereka yang terkesan dengan bencana COVID.

Di Johor, PAS telah mengorak langkah untuk mengumpulkan dana dan menggerakkan kesemua 26 PAS kawasan untuk menyantuni dua kumpulan masyarakat ini dengan menghantar sumbangan kepada frontliner dan masyarakat yang memerlukan bantuan. 

Menggabungkan para pimpinan dan petugas di bawah Khidmat Malaysia yang terdiri daripada Lajnah Kebajikan, Jabatan Amal, Briged Muslimat, NGO dan PAS Kawasan-kawasan serta dibantu oleh Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Pendukung PAS maka STBC PAS Johor telah dibentuk untuk melaksanakan arahan ini.

Menggunakan pendekatan kerjasama dengan semua pihak sama ada melalui agensi kerajaan, wakil rakyat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), tabung sumbangan secara atas talian (online), tabung PAS di semua peringkat maka STBC telah mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada rakyat Johor.

Sepanjang tempoh sebulan, bermula 1 Jun sehingga 30 Jun 2021, STBC telah berjaya mengkoordinasi sumbangan di seluruh negeri melalui STBC yang diwujudkan di peringkat PAS kawasan. Hasilnya, sebanyak RM 71,270.00 telah disumbangkan, 6,218 bakul makanan telah diedarkan dan 6,871 keluarga telah berjaya disantuni.

STBC juga telah menyerahkan bantuan makanan ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu dua di Kluang (Felda Kahang Timur dan Ladang Tereh Mill), satu di Mersing (Mukim Tenglu), satu di Sekijang (Felda Redong) dan satu di Kulai (Felda Inas).

STBC juga telah menyantuni frontliner di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terletak di dalam Daerah Johor Bahru. Begitu juga dengan sumbangan kepada lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang telah diberikan kepada 8 lokasi yang telah disantuni.

Gerakerja sumbangan PAS Johor kepada frontliner dan mereka yang terkesan diteruskan ketika ini. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR (CIMB BANK) Nombor Akaun 8006 9674 29 dan maklumkan sumbangan anda ke talian hotline 0182403422 (Sanusi).

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI BIN AHAMD KAMIL
Pengerusi STBC PAS Negeri Johor
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Johor
16 Julai 2021

Ulasan