TERIMA KASIH YB NAJIB LEP



TERIMA KASIH YB NAJIB LEP

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, 

Malam tadi, sambil-sambil menyemak dan mengemaskini laporan yang disediakan oleh Setiausaha STBC merangkap Setiausaha Khidmat Malaysia Negeri Johor, saya hubungi Wakil Rakyat PAS Johor yang solo di DUN Johor, YB Kapt (B) Hj. Najib bin Lep, Adun Bukit Pasir untuk bertanyakan program beliau dengan rakyat sepanjang bulan lalu, 

"Assalamualaikum YB Najib.
Boleh share dgn ana sumbangan kpd masyarakat dr Pejabat Adun Bukit Pasir dr 1 Jun hingga 30 Jun?"

Biasanya, YB Najib tidak menghampakan walaupun soalan hanya ditanya melalui aplikasi whatsapp.

Dengan ringkas, YB Najib 'reply' mesej saya ;
Jumlah bakul : 2,000 sets
Jumlah keluarga : 2,000
Lain-lain sumbangan :
5 Tan Nanas, 4 Tan Labu, 600 Kg Kupang, 200 kg Sayur Terung
E-Paper Pelajar Edu HuB 100 x 3 Pelajar = 300 paper NST & 300 BH
Bantuan Pelajar Edu Hub : RM 16,000.00
Bina Rumah Rakyat miskin : RM 40,000.00
Pusat Vaksin Pagoh : RM 3,500.00 (Peralatan spt kipas, payung dll)
PPV Bukit Pasir : Bantuan Makanan RM 5,000.00
Tablet Pelajar : 50 unit

Ringkas dan padat tapi sangat jelas bagaimana peranan beliau sebagai wakil rakyat. Ini belum lagi sumbangan wang tunai kepada NGO dan individu yang terkesan dengan bencana ini.

YB Najib ini 'simple' orangnya, mudah mesra dengan sesiapa sahaja, malah mudah ditemui di kawasannya.
Boleh layari FB beliau seperti di bawah ;
https://www.facebook.com/najib.lep
https://www.facebook.com/adunbukitpasirN08/

Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesihatan yang terbaik kepada YB Najib untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
16 Julai 2021

Ulasan