PAS Kluang semarakkan sambutan kemerdekaan



KLUANG: PAS Kawasan Kluang telah menaikkan beberapa kain rentang di sekitar jalan utama di Bandar Kluang menjelang ulang tahun sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Inisiatif dijayakan ini telah dilaksanakan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan warga masyarakat penduduk di Daerah Kluang.

Menurut Ketua Penerangan dan Media Baharu PAS Kluang, Mohamad Ikhwan Basaruddin, Hari Kebangsaan perlu disambut walaupun dalam keadaan norma baharu.

“Biarpun kita masih lagi dibelenggu penularan wabak COVID-19, sepatutnya ia tidak menghalang untuk kita sebagai rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan dengan norma baharu.

“Warga Kluang khususnya perlu sama-sama kita semarakkan lagi hari kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ketika bersama memasang kain rentang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di sekitar bandar ini, malam kelmarin.

Turut dihadiri Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Zon Bandar, Khairul Anuar Ahmad Kamil dan Setiausaha Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Kluang, Muhammad Nazirul Munir Puniran. – HARAKAHDAILY 31/8/2021

Ulasan