SALAM TAKZIAH

SALAM TAKZIAH

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Ustaz Abu Bakar Abdullah kembali ke rahmatullah pada malam tadi.
Saya mengenali arwah Ustaz Abu Bakar sebagai Pengarah PASTI Pusat ketika saya berkecimpung di dalam PASTI dan merupakan orang penting dalam membangunkan PASTI sebelum saya berada di dalam kepimpinan PASTI.
Kali terakhir saya bertemu arwah adalah pada tahun 2017 ketika arwah dianugerahkan Tokoh Istiqamah pada Muktamar Tahunan PAS ke-64, yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus. Dalam keadaan yang uzur ketika itu, arwah hadir bukan sahaja untuk menerima anugerah tersebut tetapi menguat diri untuk bertemu dengan pimpinan dan para muktamirin yang hadir.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan golongan yang beriman dan golongan mereka yang berjuang menegakkan Islam.
aameen ya Rabb...
Wassalam

Ulasan