32 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT






32 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

Salah satu aktiviti sepanjang Muktamar PAS Pusat yang berjaya menarik pengunjung adalah Gerai dan Pameran selain ceramah, aktiviti anak muda dan aktiviti kaum ibu. Setiap tahun, apabila tarikh muktamar PAS telah diumumkan dan telah ditentukan lokasi muktamar maka para peniaga khususnya yang telah 'ikat kontrak' tahunan akan membuat tempahan awal supaya tidak nama mereka tidak tertinggal dalam senarai.
Biasanya, gerai makan paling popular. Pelbagai juadah disediakan oleh peniaga yang datang dari utara sampai ke selatan tanahair. Walaupun Muktamar hanya berlangsung selama 3 hari namun para peniaga ini tetap akan berusaha untuk datang membantu memeriahkan Muktamar Tahunan PAS.
Perwakilan dan Pemerhati yang hadir ke Muktamar bukan sahaja hadir untuk mendengar perbahasan tetapi akan luangkan masa untuk meninjau-ninjau gerai jualan.
Namun tahun 2017 telah mencatatkan peristiwa duka yang tidak dapat dilupakan apabila Muktamar PAS Pusat yang diadakan di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut telah dilanda ribut dan telah menyebabkan beberapa khemah termasuk khemah utama diterbangkan angin sejauh beberapa meter dan merosakkan gerai di sekitar pekarangan kompleks.
Mengikut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, sekurang-kurangnya 18 cedera dalam insiden ribut yang berlaku pada hari pertama Muktamar, 13 mangsa dibawa ke hospital dan dua daripada mangsa juga patah kaki.
Peristiwa ini telah dilaporkan secara meluas di dalam media televisyen, media cetak dan media elektronik.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
PSUA PAS
4 Oktober 2021

Ulasan