33 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT



33 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

Pemilihan sebagai Tuan Rumah Muktamar Tahunan PAS yang dibuat berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) yang mana PAS telah membentuk Kerajaan sejurus selepas PRU dan PAS dilantik sebagai Menteri Besar.
Pertamanya, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-46 yang diadakan pada 2-4 Jun 2000 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu. Ketika ini Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang dilantik sebagai Menteri Besar.
Keduanya, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-54 yang diadakan pada 15-17 Ogos 2008 di Dewan Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. PAS walaupun hanya menang 3 Kerusi DUN sahaja tetapi diberikan tanggungjawab sebagai Menteri Besar iaitu DS Nizar Jamaluddin.
Ketiganya, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64 pada 15-16 September 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
PAS kembali memimpin kerajaan Terengganu dengan Dato' Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah dilantik sebagai Menteri Besar.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
PSUA PAS
3 Oktober 2021

Ulasan