TERIMA KASIH SEMUA : SEMOGA MPOCC DAN SAWIT MALAYSIA AKAN TERUS GEMILANG PADA MASA HADAPAN




TERIMA KASIH SEMUA : SEMOGA MPOCC DAN SAWIT MALAYSIA AKAN TERUS GEMILANG PADA MASA HADAPAN

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, pada pagi ini secara rasminya saya telahpun menerima surat rasmi daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berkaitan dengan penamatan sebagai Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) yang berkuatkuasa pada 30 September 2021 yang lalu.
Banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang mempengerusikan MPOCC, GLC yang terlibat secara langsung untuk menguruskan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) yang merupakan skim pensijilan nasional di Malaysia untuk ladang kelapa sawit, pekebun kecil dan kilang pemprosesan minyak sawit.
Saya bermula dengan lantikan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (BOT) di Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) pada 14 Mei 2020 dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi di MPOCC pada 15 November 2020. Tempoh perkhidmatan saya di MPOC berakhir pada 15 Mac 2021.
Dalam tempoh ini juga, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Kempen Sawit Anugerah Tuhan (SAT) bagi merancang dan melaksanakan kempen ke seluruh negara dan ianya dilaksanakan oleh MPOC.
Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada mantan Menteri MPIC YB Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali yang telah melantik saya memegang jawatan-jawatan yang telah saya sebutkan tadi. Begitu juga dengan semua CEO Mohammad Hafezh, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Kakitangan di MPOC, MPOCC dan Jawatankuasa Kempen Sawit Anugerah Terima kasih juga kepada PA saya Nur Lyana Razak di MPOCC yang banyak membantu saya.
Di MPOCC, saya telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua kakitangan dan saya selesa bekerja dengan mereka dalam satu pasukan.
Terima kasih sekali lagi kepada semua.
“Sawit Anugerah Tuhan”

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
5 Oktober 2021

Ulasan