KENYATAAN PERIKATAN NASIONAL PARLIMEN KLUANG

 


KENYATAAN MEDIA
PERIKATAN NASIONAL KLUANG BERSEDIA HADAPI PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR
Perikatan Nasional Parlimen Kluang yang bersidang pada malam ini telah membuat beberapa keputusan penting khususnya yang berkaitan dengan kemungkinan akan berlakunya Pilihan Raya Negeri Johor (PRN Johor) dalam masa terdekat ini.
PN Kluang melihat bahawa bukanlah menjadi satu keutamaan untuk diadakan PRN pada ketika memandangkan tiada apa-apa isu pergolakan yang berlaku dalam kerajaan. Tiada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan pentadbiran negeri yang dipimpin oleh Dato' Haji Hasni bin Mohammad. Malah Menteri Besar Johor mendapat sokongan dalam urusan pentadbiran oleh wakil rakyat daripada BERSATU dan PAS.
Walau bagaimana pun, PN Kluang terus berada dalam kesiapsiagaan untuk menghadapi PRN Johor sekiranya DUN Johor dibubarkan dalam masa terdekat.
PN Kluang telahpun membuat beberapa keputusan bersama untuk menghadapi PRN Johor bagi kerusi DUN Mahkota dan Mengkibol dan menyerahkan kepada kepimpinan PN Johor untuk membuat keputusan nanti.
PN Kluang akan terus mengeratkan hubungan sesama ahli parti dalam pelbagai program yang bakal diadakan di Kluang.
Setiakawan yang telah terjalin selama ini akan terus diperkukuhkan untuk memastikan peranan PN Kluang dalam menyantuni masyarakat di Kluang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Sekian, terima kasih.
Kenyataan bersama ;
Mohd Nor bin Lingan
Ketua Bahagian BERSATU Parlimen Kluang
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Dipertua PAS kawasan Kluang
Pang Wui Ming
Pengerusi GERAKAN Bahagian Kluang
Tarikh : 21 Januari 2022

Ulasan