SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2022



Pusat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat kaum Cina di Malaysia.

Tahun Baru Cina adalah merupakan satu perayaan yang disambut oleh kaum Tionghua di seluruh dunia termasuklah di Malaysia dan ianya merupakan perayaan terpenting kaum Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Walaupun Tahun Baru Cina adalah merupakan sambutan perayaan untuk kaum Cina namun dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, ia juga adalah merupakan satu perayaan yang dapat membina hubungan sesama masyarakat berbilang kaum ini.
Justeru masyarakat Malaysia perlu menggunakan sambutan Tahun Baharu Cina ini sebagai platform untuk membuktikan kesepaduan dan perpaduan kaum di negara ini masih lagi utuh.
Dalam suasana kemeriahan menyambut Tahun Baru ini, kepatuhan terhadap SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan mestilah juga diberikan keutamaan kerana kes jangkitan Covid19 masih lagi tinggi di Malaysia.
Tingkatkan perpaduan, kukuhkan Ikatan, Selamat Tahun Baru Cina 2022

Ulasan