KEMPEN PAS PILIHANKU KEMBALI LAGI!





ALHAMDULILLAH, kempen penambahan Keahlian PAS Pilihanku kembali lagi dan kali ini Negeri Kedah akan menjadi tuan rumah.

Kempen penambahan keahlian PAS kali keempat ini (PAS Pilihanku 4.0) diadakan selepas ianya pada kali pertamanya diadakan pada tahun 2017 dan berjaya mendaftarkan ahli baharu seramai 41,953 orang.

Kempen ini telah diteruskan pada tahun 2019 (PAS Pilihanku 2.0) dan seramai 46,553 orang ahli baharu telah diterima dan diluluskan.

Pada tahun 2020, sekali lagi kempen ini dilaksanakan (PAS Pilihanku 3.0) namun kempen ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana negara dan dunia telah diserang dengan COVID-19. Namun begitu, seramai 41,624 orang ahli baharu telah berjaya diterima dari seluruh negara.

PAS Pilihanku 4.0 yang akan dijalankan selama enam bulan bermula Julai ini meletakkan sasaran minima 50 ribu keahlian baharu.

25 Jun ini, PAS Pilihanku 4.0 akan dilancarkan. Saya telah turun ke lokasi cadangan program iaitu di Sik, Kedah bersama Ustaz Musaddak bin Ahmad, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah bersama Penolong-penolong Setiausahanya Abu Asim Aysarfathi Almemali dan Ust Ismail bin Hashim serta pimpinan PAS kawasan Sik.

Pelancaran ini akan diadakan secara besar-besaran dan akan diisikan dengan beberapa acara yang telah dirancang.

Kempen pada kali ini juga meletakkan sasaran kepada golongan Anak Muda khususnya mereka yang tergolong sebagai pengundi muda 18 tahun ke atas.

PAS Pilihanku : PAS Untuk Semua

Sekian.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Penolong Setiausaha Agung PAS
Merangkap Pengarah Kempen PAS Pilihanku 4.0
14 Zulkaedah 1443 / 14 Jun 2022 – HARAKAHDAILY 14/6/2022

Ulasan