PENGORBANAN PARA AHLI PAS



Alhamdulillah, tiba lagi di Kompleks PAS Kedah dan sekali lagi hati saya berbunga-bunga melihat Kompleks PAS Kedah ini telah siap sepenuhnya.
Saya mula mengenali PAS Kedah pada tahun 2001 ketika berurusan tentang set buku PASTI Johor yang terlebih dan dihantar ke Kedah kerana PASTI Kedah perlukan buku tambahan.

Pada ketika itu saya mula melihat berkaitan dengan pengurusan organisasi PAS Kedah yang tersusun sehingga menjadi pemangkin kepada saya untuk terus memperkemaskan organisasi PASTI pada masa itu.

Satu perkara yang mungkin tidak ada pada parti lain adalah kesediaan ahli-ahli untuk mencurahkan harta dan kepentingan diri untuk perjuangan.

Semalam, ketika post mortem Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Ipoh, dilaporkan bahawa ada seorang Timbalan Menteri (bukan dari PAS) yang kagum kerana pimpinan PAS di Perak selaku Tuan Rumah turun bertugas ketika majlis berlangsung, bukannya hendak dilayan seperti VIP.

Ketua Pemuda PAS Perak Hafez Sabri maklumkan bahawa Ketua-Ketua Pemuda PAS kawasan ditugaskan untuk menguruskan meja makan VIP termasuk mengangkat dome dan mengemas meja.

Berbalik kepada Kompleks yang indah serta bakal menjadi venue utama Muktamar Tahunan PAS pada 3 dan 4 September yang akan datang ini, ianya adalah kasih pengorbanan mereka yang terdahulu sama ada mereka pimpinan ataupun ahli, semuanya terlibat dalam memastikan komplek ini disiapkan.

Inilah kejayaan tarbiyah di dalam PAS dan akan terus subur dan mekar selamanya, insya Allah.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Kompleks PAS Kedah
14 Zulkaedah 1443 / 14 Jun 2022

Ulasan