PERKHEMAHAN KHIDMAT MALAYSIA KALI KETIGA DI KEMAMAN

 


PERKHEMAHAN KHIDMAT MALAYSIA KALI KETIGA DI KEMAMAN

Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) akan melaksanakan Perkhemahan Khidmat Malaysia Kali Ketiga (HEBAT 3.0) di Darul Iman Traning Centre (DITC) pada 3 hingga 5 Jun ini.

Ini adalah merupakan perkhemahan kali Ketiga diadakan oleh Khidmat Malaysia. Kali Pertama diadakan di Hulu Langat, Selangor pada tahun 2015 dan kali Kedua pada tahun 2017 di Tumpat, Kelantan.

Objektif utama penganjuran perkhemahan ini adalah untuk menghimpunkan para penggerak Khidmat Malaysia dari seluruh negara termasuk dari kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi mendedahkan kepada mereka pengetahuan asas berkaitan dengan SOP menyelamat dan bagaimana menghadapi bencana.

Pemilihan DITC untuk  HEBAT 3.0 ini sebagai lokasi perkhemahan pada kali ini adalah berdasarkan kepada kedudukan dan fasiliti yang disediakan di sini seperti kawasan pantai dan kawasan tanah tinggi sangat bertepatan dan bersesuaian dengan objektif perkhemahan. Kemudahan seperti dewan kuliah dan bilik penginapan sangat bersesuaian dengan perkhemahan ini.

Antara yang akan didedahkan kepada peserta adalah kaedah menyelamat mangsa di laut, kaedah Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan pendedahan terhadap jenis-jenis bencana.

HEBAT 3.0 akan dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu merangkap Naib Presiden PAS. Dato' Dr Ahmad Samsuri juga akan melancarkan lagu Rasmi Khidmat Malaysia pada majlis tersebut. 

Turut hadir dalam majlis Perasmian pada 3 Jun tersebut adalah Datuk Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusof, Pengerusi Khidmat Malaysia merangkap Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat.

Khidmat Malaysia adalah merupakan badan yang terlibat dalam bencana dan kecemasan sejak tahun 2014 lagi. Dijangkakan seramai 200 peserta akan berhimpun dalam perkhemahan ini nanti.

Sekian. 

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
1 Zulkaedah1443 / 1 Jun 2022

Ulasan