Ada kleptokrasi, kakistokrasi dan tidak berintegriti



ISU sogokan undi adalah isu yang serius.
Bantuan khas. Peruntukan tambahan. Sumbangan dana. Semuanya meniti di bibir pemimpin PH-BN.

“Itu baru saya umum. Lepasni PMX akan topup. Asalkan pada 12 Ogos nanti para belia mengikut gelombang biru dan gelombang merah.” – Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi

Hina sungguh reformasi madani. Menggunakan kuasa sebagai menteri untuk meraih undi. Menawarkan peruntukan dengan syarat rakyat memberi sokongan kepada mereka.

Sedangkan peranan kerajaan adalah untuk menjaga seluruh rakyat, bukan hanya pengundi PH-BN. Rosak prinsip demokrasi jika Malaysia terus dipimpin kerajaan tidak berintegriti.

Malapetaka apakah ini? Mungkin ini yang dimaksudkan dengan, “Kerajaan kami, suka hati kami la nak buat apa,” sehingga badan berkuasa seperti SPRM, PDRM, semuanya boleh diatur, diarah mengikut telunjuk mereka.

Kerosakan sebegini memang sudah dijangka bahkan sejak Perdana Menteri ke-10 (PMX) membentuk kabinet lagi kerana yang dilantik adalah kluster mahkamah.

Adakah mereka menyangka rakyat lupa akan segala janji-janji manis yang tidak pernah ditunaikan? Adakah mereka sangka rakyat akan berdiam diri melihat pemerintah yang zalim?

Rakyat boleh mengubah kegilaan yang sedang berlaku melalui kertas undi. Gunakan hak kita dalam sistem demokrasi dengan keluar mengundi dan pilih pemimpin yang berintegriti.

Kita sokong kerajaan prihatin, bersih dan stabil. Kita tolak pemimpin kakistokrasi, tidak berintegriti.

USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor
31 Julai 2023

Ulasan