Pasal apa Pudin pulun sangat di Kedah?




KITA semua tahu Setiausaha Agung PKR, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail (Pudin) kalah dalam PRU15 lepas di Kulim Bandar Baharu (KBB). Kalah dengan majoriti yang sangat besar — 13,061 undi.
Dia sebelum itu penyandang kerusi KBB. Kalah besar bererti dia telah gagal dan ditolak oleh pengundi KBB secara total.

Dia bagaimanapun dilantik sebagai Senator dan berbekal kedudukan senatorship itulah dia dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri — satu portfolio Kabinet yang kanan, lebih kanan daripada Rafizi yang tewaskan dia dalam pemilihan PKR.

Pudin ini lately dia lawan apa pun kalah tapi kerana kuat back up boss, dia dapatlah apa yang dia nak malah dapat yang lebih lumayan berbanding orang yang menang.

Sudah dapat jawatan Menteri, dibagi pula tugas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah.

Dalam jawatankuasa itu, Menteri Besar Kedah Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor diberi jawatan Pengerusi Bersama atau Co Chairman. Co Chairman tak boleh panggil mesyuarat. Yang boleh panggil mesyuarat hanya Pengerusi tetapi ikut kata Menteri Besar Kedah Sanusi, sejak Jawatankuasa itu ditubuhkan, tak pernah sekalipun Pudin panggil mesyuarat.

Yang dia sibuk, siang malam berpolitik duk bantai Co Chairman, sampai tinggal habis kerja kementerian.

Kita boleh anggap Pudin ni desperado dalam politik sebab dia kalah pilihan raya, dan kalah dalam pemilihan parti.

Dia sekadar bernasib baik dapat ihsan Presiden PKR yang juga Perdana Menteri yang ada kuasa untuk lantik dia jadi Menteri.

Menteri Besar Kedah Sanusi adalah musuh nombor wahid Perdana Menteri ke-10 (PMX). Maka Pudin diberi tugas khas untuk ‘lenyapkan’ Menteri Besar Kedah Sanusi daripada peta politik kerana kehadiran dia yang baru setahun jagung pimpin kerajaan itu telah beri masalah besar kepada Anwar.

Maka by hook or by crook Pudin kenalah benam Sanusi dalam PRN ini, jangan bagi dia naik semula jadi Menteri Besar lepas ni.

Pudin ini pula, konon nak tunjuk diri dia fighter — sebenarnya desperado — maka dia pun usaha serang Menteri Besar Kedah Sanusi hari-hari.

Dia guna segala maklumat yang boleh diakses daripada rekod jabatan-jabatan bawah kementerian dia dan juga kementerian lain, untuk serang Menteri Besar Kedah Sanusi.

Tapi masalah Pudin ni, dia selalu over confident.

Dapat saja maklumat, dia buat kenyataan tanpa semak dan kaji the whole story. Dia tidak melihat the bigger pictureyang ada di sebalik sesuatu maklumat yang dia dapat.

Apabila dia buka cerita pasai REE — konon itulah senjata paling ampuh untuk dia jatuhkan Menteri Besar Kedah Sanusi — semua apa hat dia habaq kat media itu bukan benda baru. Cuma dia yang tertinggal bas!

Semua cerita REE Menteri Besar Kedah Sanusi dah sebut dalam sidang DUN termasuk penglibatan Prospek Suria Sdn Bhd, Mr So Loi Fat dan macam macam cerita lagi Menteri Besar dah sebut.

Dalam lagu ‘Aku Maafkan Kamu’ ada lirik lagu ni;

Ada teratak di hujung kampung,
Bawah cermin kopak ada kotak,
Tersembunyi dalamnya ada tempurung,
Sembunyi bawahnya katak melalak.

Pudin ni dia lagu katak itu la. Serupa katak bawah tempurung. Sudah la duk bawah tempurung, tempurung itu pula duk dalam kotak. Tapi dia punya melalak macam dia hebat sangat.

Dia berasa diri dia hebat kerana dia duk dalam tempurung, duk dalam gelap. Itulah masalah kalau berasa diri hebat sangat, bawa cerita out of date tapi kerana dia sendiri sebelum ini tak ambil tahu, dia duk perasan benda itu baru.

Punyalah berasa hebat sampaikan gambar So Loi Fat datang beraya di rumah terbuka Seri Mentaloon pun dia letak sebagai bukti Menteri Besar Kedah Sanusi kenal dan kononnya berkawan dengan warga China itu.

Gambar di majlis hari raya, budak sekolah pun boleh fahamlah!

Jadi tugasan yang Anwar beri kepada Pudin ini berat. Pertaruhan pun berat. Kalau Sanusi naik semula jadi Menteri Besar, alamat buruklah untuk karier Pudin. Dia akan dianggap loser atau pecundang.

Maka senatorship pun mungkin setakat penggal ini dan harapan untuk kerusi Menteri pun tiada lagi. Itu pasal dia kena all out!

Sebaliknya Sanusi ni lain macam, makin diserang, dia makin kuat. Yang makin lemah ialah orang yang menyerang.

Apabila orang yang diserang tak jatuh malah makin kuat, ini akan buat orang yang menyerang koyak. Makin diserang, makin teruk dia koyak maka akhirnya akan hilang fokus. Serangan seterusnya pun membuta tuli.

Jadi itulah yang sedang berlaku. Rakyat memerhati dan tiada tanda langsung Sanusi akan jatuh atau Pudin akan menang. Hari ke hari, Pudin kian menggelabah!

Jadi perjalanan Pudin kini sedang menuju jalan mati. Dia gagal melaksanakan tugasan diberi walaupun telah menggunakan segala kekuatan yang dia ada selaku Menteri termasuk agensi-agensi kerajaan untuk serang Menteri Besar Kedah Sanusi.

MUHAMAD MAT YAKIM

Ulasan