Selamat maju jaya pasukan Exco Kerajaan Negeri Kedah



PAS Kedah mengucapkan selamat maju jaya buat seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang baru dilantik.

Dengan pelantikan barisan Exco ini maka lengkaplah pasukan yang akan menerajui Kerajaan Negeri Kedah bersama-sama kepimpinan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

PAS Kedah mengharapkan agar Kedah dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dilakar pada penggal terdahulu.

Keseimbangan kemajuan infrastruktur dan material perlu diseiring dengan pembangunan rohani dan sosial bermasyarakat. Itu pegangan yang tidak harus ditanggalkan apabila kita berkerajaan.

PAS Kedah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Sanusi dan barisan Exco agar memikul tanggungjawab ini dengan sempurna.

Visi The Greater Kedah yang digarap daripada Pelan Kedah 2035 perlu ditemeterai dengan jayanya insya-Allah.Semoga kita semua sentiasa mendapat bimbingan dari-Nya insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

DATO’ HAJI AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya
PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 21/8/2023

Ulasan