Prestasi pelajar terbaik STPM luar biasa


KOTA BHARU: Seramai lima daripada 11 pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2022 berasal dari Kelantan.

Pelajar terbabit dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas seramai 3 orang, SMK Ayer Lanas Jeli dan SMK Zainab 1 masing-masing seorang pelajar.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fazli Hassan berkata, pelajar cemerlang terbabit menerima anugerah daripada Menteri Pendidikan Malaysia.

“Prestasi mereka adalah pencapaian yang luar biasa dan telah mengharumkan nama negeri Kelantan dalam arena pendidikan.

“Alhamdulillah, kerajaan negeri menyampaikan sedikit sumbangan penghargaan di atas kecemerlangan mereka sebagai pengiktirafan terhadap usaha gigih mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan STPM 2022.

“Saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar terbabit,” katanya selepas menyampaikan sumbangan terbabit di MABNA MBI Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat.

Dr Fadzli juga berkata, semoga kejayaan tersebut menjadi inspi

Ulasan