Salam Maulidur Rasul 1444 H



Salam Maulidur Rasul

12 Raibul Awal 1444 H lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring tarikh penting bagi seluruh umat Islam dimana ia dapat menghasilkan keinsafan, kecintaan dan kasih kepada Baginda SAW.

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Pada hari yang penuh barakah ini, marilah kita hayati peribadi junjungan besar kita dan marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda.

Khidmat Malaysia mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh negara.

Semoga kita sentiasa dikurniakan rasa kasih dan cinta kepada Nabi Muhammad SAW serta dapat mencontohi akhlak dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya akhlak dan keperibadian terpuji Rasulullah yang tiada tolok bandingnya merupakan contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

Ulasan