Adil, Prihatin dan Berkebajikan Jaminan Untuk Semua, PAS For All.


Adil, Prihatin dan Berkebajikan Jaminan Untuk Semua, PAS For All.

1.Presiden PAS dalam Ucapan Dasar memberi jaminan keadilan kepada seluruh rakyat dan masyarakat. Tiada paksaan beragama kepada bukan Islam walaupun Islam berkuasa sepenuhnya.

2.PAS bukan sekadar bercakap tetapi membuktikan tidak pernah menyekat kebebasan beragama. Golongan bukan Islam di empat negeri PN dapat hidup harmoni di bawah pemerintahan Islam.

3.Tahun 2007 saya menjadi ahli PAS dan tahun 2012 menjadi ahli DHPP, saya masih lagi mengekalkan nama hindu.

4.Kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS telah meluluskan 8 buah rumah ibadat. Banyak hal berkaitan tapak rumah ibadat di Kelantan juga dapat diselesaikan.

5.Apa lagi yang perlu ditunjuk dan dibuktikan kepada puak yang mengacau dan mewujudkan Islamofobia, hantu ini perlu dihantar ke Israel.

6.DHPP mencadangkan agar diwujudkan yayasan untuk bergerak jauh di masa hadapan.

7.DHPP memohon agar DHPP turut dijemput menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan PAS di setiap negeri agar DHPP dapat turut memainkan peranan di setiap negeri.

8.Keseluruhan kepimpinan DHPP perlu agresif dalam memperjuangkan isu berbangkit antara kaum dan bersuara bagi menarik sokongan lebih ramai golongan bukan Islam.

9.DHPP akur dan bersedia melaksanakan segala arahan parti.

10.Sama-sama kita mendoakan PAS akan menerajui Putrajaya dalam masa terdekat. DHPP akan terus istiqamah bersama PAS.
PAS For All.

BK Kumaresan

Perwakilan Dewan Himpunan Pendukung PAS
(Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS)

Ulasan