ASSABIQUN KONGSI TIP UNTUK ISTIQAMAH


ASSABIQUN KONGSI TIP UNTUK ISTIQAMAH


1.Tujuan penubuhan Sidang Assabiqun adalah untuk memberi peluang kepada assabiqun dan assabiqat terus berkhidmat kepada PAS, termasuklah membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya.
Di mana sahaja berlaku pilihan raya, assabiqun dan assabiqat turun membantu dan bekerja.

Kita tidak minta apa-apa, termasuklah menjadi calon. Tetapi, jika diberi kita tidak menolak kerana biarpun berusia, assabiqun masih boleh bekerja dan memenangi pilihan raya.

2. Untuk terus istiqamah dalam perjuangan, saya kongsikan beberapa nasihat.
Pertama, memperteguh dan memperkukuh iman dengan melakukan amal soleh, bukan sahaja yang diperintahkan, tetapi juga yang disunatkan.

Kedua, memperkukuh ukhuwah Islamiah kerana kelak di hari tiada perlindungan, dua orang sahabat yang mesra kerana Allah, kemudian berhimpun dan berpisah kerana Allah akan mendapat perlindungan daripada Allah.

Ketiga, elakkan perbalahan dengan mengambil ibrah daripada kerajaan-kerajaan terbesar terdahulu, termasuklah kerajaan-kerajaan negeri awal dahulu yang pernah jatuh kerana wujudnya perbalahan dalaman, selain disebabkan pengaruh luar.

3. Sidang Assabiqun berazam untuk meninggalkan legasi yang istiqamah bagi meneruskan perjuangan mulia ini dengan menjayakan beberapa peranan berikut.
Pertama, berkongsi pengalaman perjuangan orang-orang terdahulu kepada generasi baharu.

Kedua, menyuntik motivasi perjuangan yang sentiasa menghadapi mehnah dan tribulasi.

Ketiga, mengkaderkan pelapis-pelapis perjuangan dengan memberikan latihan tarbiah, bukan sekadar meyakinkan mereka tentang keperluan untuk berada dalam perjuangan.

Keempat, menggalakkan keaslian perjuangan generasi baharu yang menghadapi cabaran lebih hebat dengan kehadiran bermacam-macam ideologi.
PAS mestilah tidak dirosakkan oleh anasir yang boleh merosakkan keaslian perjuangan. PAS perlu diwarisi dalam keadaan terbaik oleh legasi seterusnya.

4.Saya menyokong sepenuhnya usaha-usaha Perikatan Nasional bagi menggantikan kerajaan Madani kerana kebobrokan yang sedang dan kian berlaku.
Pemimpin yang hanya menegakkan benang yang basah ketika berbahas tidak layak menjadi pemimpin di tanah air kita.

YBHG DATO' DR USTAZ HAJI MAHFODZ MOHAMED
PENGERUSI SIDANG AS-SABIQUN
(Ucapan Penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69)

Ulasan