Dunia terputus hubungan dengan Semenanjung Gaza


KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh dunia semakin sukar untuk mendapat maklumat terkini di Gaza berikutan talian komunikasi dan internet sudah terputus.

Penduduk Gaza semakin menderita selepas tiada bekalan eletrik, air bersih, petrol, kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Menurut laporan Gaza Now entah siapa yang tahu bagaimana keadaan yang sedang dihadapi warga Semenanjung Gaza ketika ini.

Malah bermula malam tadi sehingga sekarang penduduk di Semenanjung Gaza sedang berhadapan dengan pengeboman dan serangan udara yang amat ganas oleh tentera regim Zionis Israel.

Dilaporkan juga kereta-kereta kebal dan perisai yang membawa tentera regim zionis Israel mula masuk ke Semenanjung Gaza dari beberapa arah melalui pagar sempadan Gaza.

“Sama-samalah kita berdoa agar mereka berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah SWT. Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.,” lontar Ustaz Aire Roslan di laman media sosialnya hari ini.

Situasi sukar yang dialami penduduk di Gaza turut dikongsi puluhan ribu peserta himpunan 10K Solidariti Palestin yang berarak dari KLCC sehingga ke hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

Malah kelihatan ramai anggota pasukan keselamatan mengawal di hadapan kedutaan terbabit. – HARAKAHDAILY 28/10/2023

Ulasan