ISLAM FOR ALL


ISLAM FOR ALL

1. Ada beberapa perwakilan yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden menyentuh berkenaan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Antaranya berkenaan keadilan kepada bukan Islam.

2. Disebut ayat ke-8 daripada surah al-Maidah yang menerangkan konsep keadilan dalam Islam. Menerusi konsep ini, kita diwajibkan berlaku adil walaupun terhadap musuh yang paling dibenci.

3. Kita melihat PAS semakin diterima oleh rakyat Malaysia walaupun terdapat pihak yang menuduh PAS sebagai ekstrem. Mereka sengaja mencipta persepsi negatif untuk mencemarkan nama PAS.

4. Sikap PAS terhadap bukan Melayu selalu diulang termasuklah dalam Ucapan Dasar Presiden. Ini mencerminkan pendirian PAS yang tidak memusuhi orang bukan Islam serta berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama.

5. PAS memberi jaminan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum di negara ini yang dibuktikan pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.

6. Belum ada laporan menyatakan rumah ibadah orang bukan Islam dirobohkan atau laporan tindakan pemerintahan PAS yang menyebabkan kesengsaraan.

7. Tahun depan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) akan menyambut ulang tahun ke-20, yang mencatatkan sejarah perjalanan jatuh bangun.

8. DHPP bersedia melaksanakan arahan Tuan Guru Presiden PAS supaya memperkemaskan sistem organisasi ke arah yang lebih sistematik.

9. DHPP menyahut seruan untuk menguasai isu rakyat secara berkesan. Hal ini kerana DHPP amat menekankan aspek kebajikan sama ada kepada rakyat ataupun ahli.

10. Sebelum ini PAS menggunakan slogan “PAS for All” untuk menarik sokongan ramai. Menerusi slogan “Islam for All” pula, PAS membawa agenda lebih besar bahawa Islam menganjurkan berlaku adil kepada semua.

11. DHPP meminta satu dokumen terperinci untuk disebarkan kepada ahli-ahlinya supaya mereka lebih memahami Ucapan Dasar Presiden.

12. DHPP turut menekankan hasrat untuk menubuhkan sebuah yayasan yang dipantau oleh PAS Pusat.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan
Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS
(Ucapan Penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69)

Ulasan