PENINGKATAN PAS DI PERINGKAT AKAR UMBI DAN KEPIMPINAN TERTINGGI


PENINGKATAN PAS DI PERINGKAT AKAR UMBI DAN KEPIMPINAN TERTINGGI

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." - (Surah As-Saff : 4).

1. Saya teruja dengan arahan perjuangan di dalam ayat ini apabila melihat saf-saf yang menjayakan muktamar bermula dua hari lepas sehinggalah ke hari ini tersusun rapi. Inilah gambaran perjuangan kita dalam PAS.

2. Daripada 222 kawasan Parlimen seluruh Malaysia, PAS mempunyai 197 kawasan parlimen dengan pecahan 165 di Semenanjung Malaysia, 20 kawasan di Sabah, dan 11 kawasan di Sarawak.
Dalam masa terdekat, empat kawasan lagi bakal tertubuh di Sabah dan Sarawak.

3. Dalam aspek keahlian parti, telah berlaku pertambahan bagi jumlah keahlian yang diputihkan daripada tahun lepas ke tahun ini sebanyak 34,286 keahlian.
Manakala, PAS menerima seramai 44,957 keahlian atas talian yang berdaftar secara terus tanpa melalui kawasan dan cawangan.

4. Seterusnya, Lajnah Teknologi Maklumat dan Dataraya (LITDR) bawah pejabat Setiausaha Agung, dengan kerjasama erat Jabatan Pilihan raya PAS Pusat telah memainkan peranan cukup penting, terutamanya ketika berhadapan dengan PRU-14 dan PRU-15.

Anggota yang dibarisi oleh pakar teknologi ini bertanggungjawab mengendalikan sistem data raya, mengadakan simulasi, dan melibatkan Kecerdasan Buatan (AI) untuk menghadapi Anwar Ibrahim.

5. Di samping itu, kita ingin membuat satu penafian bagi dakwaan yang menyatakan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang tidak mengamalkan demokrasi ekoran suasana penentuan jawatan yang berlaku.
Kita maklumkan kepada pihak luar sana bahawa sebenarnya amalan demokrasi paling hebat dilaksanakan oleh PAS adalah dengan memberikan ruang seluas-luasnya kepada kawasan-kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat Pusat.

6. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada 30 pekerja sepenuh masa di Pejabat Agung yang sangat komited dan bekerja secara jamaie'.

Begitu juga, jabatan Setiausaha yang telah memberikan komitmen sehingga menjadikan PAS sebagai sebuah parti politik tunggal terbesar dalam Parlimen Malaysia. Inilah kejayaan semua pemimpin dan ahli PAS.

YB DATUK SERI HAJI TAKIYUDDIN HASSAN
SETIAUSAHA AGUNG PAS
(Ucapan Penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69)

Ulasan