PENTINGNYA ULAMA DALAM JEMAAH !



PENTINGNYA ULAMA DALAM JEMAAH !

1. Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan jutaan terima kasih di atas perhatian yang diberikan kepada para ulama sehingga para ulama ditampilkan dipelbagai tempat dan sudut dengan pelbagai peranan.

2. Mengenai kepimpinan, Dewan Ulamak sekali lagi diberi kepercayaan untuk berada di banyak kawasan pilihan raya dan terbukti banyak kerusi dari ahli Dewan Ulamak dimenangi oleh PAS.

3. Tema muktamar yang diangkat menjadi ucaptama kepada Muktamar Dewan Ulamak tahun ini ialah "Ulama Peneraju Penyelesaian Islam".
Bermaksud ulama mesti bersiap sedia untuk menjadi tempat rujukan menyelesaikan masalah ummah dan menjadi penyatuan kepada ummah.

4. Dalam isu berkait dengan khilafiyah khususnya para ulama, kita bukanlah menjadi pemecah atau pencetus kepada perbalahan tetapi jadikan lah masalah khilafiyah dan fahamkan kepada umat dan masyarakat bahawa itu adalah kelapangan dan keringanan serta kemudahan.

5. Fokus yang diberikan oleh Dewan Ulamak untuk sesi ini ialah jati diri ulama dan jati diri pejuang-pejuang di dalam jemaah, iaitu memberi penekanan tentang AKIFI (Alim, Haraki, Sufi).

6. Akhirnya, pesan Ketua Dewan Ulamak buat diri dan semua;

Marilah sekurang-kurangnya melaksanakan SUFI dengan menjadi orang yang tidak meninggalkan wirid harian.

YB Dato' Ustaz Haji Ahmad Bin Yahaya
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
(Ucapan Penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69)

Ulasan