PERKASAKAN PAS DAN PERIKATAN NASIONAL (PN)


PERKASAKAN PAS DAN PERIKATAN NASIONAL (PN)

1. Menurut sidang Assabiqun, semua peringkat organisasi PAS hendaklah melakukan penambahbaikan mengatasi kekurangan yang ada bagi mencapai kemenangan.

2. Ahli PAS perlu mempertingkatkan kefahaman masyarakat tentang dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS bersama Perikatan Nasional.

3.Tambahan lagi, Sidang Assabiqun sedang menuju kepada proses pemerkasaan organisasi terutama dalam menaik taraf menjadi sayap kepada parti bertaraf Dewan.

4. Sidang Assabiqun menyokong penuh saranan Tuan Guru Presiden untuk PAS mencapai kemenangan berlandaskan prinsip istiqamah dalam perjuangan Islam.

5. Bagi pemerkasaan PAS sekaligus PN, Sidang Assabiqun mencadangakan:

a) Memperkasakan organisasi dalam PAS dan Perikatan Nasional di seluruh peringkat.

b) Komponen parti dalam PN iaitu BERSATU dan Gerakan hendaklah jalankan kerja bersama bermula dari sekarang supaya kefahaman dalam kerjasama dapat dihayati dari awal tanpa menunggu saat-saat akhir pilihan raya.

c) Tanggungjawab untuk mengajak penyokong PN memahami kewajipan politik sama ada bertugas sebagai jentera pilihan raya, turun mengundi dan mengundi calon PN hendaklah dibuat secara bersama oleh parti-parti komponen PN.

d) Negeri-negeri di bawah PN perlu memperkasakan kelebihan yang ada di setiap negeri untuk membantu negeri lain dalam aspek perkongsian kepakaran, sumber tenaga, teknologi, dan pasaran.

e) PAS dan PN perlu mempunyai pasukan pengkaji untuk meneliti peluang-peluang yang boleh dikongsi bersama.

Semoga dengan langkah ini memberi ruang kepada Assabiqun melangkah lebih jauh dan memberi khidmat kepada jemaah Islam tercinta akhir ayat.

YB Dato' Abdul Hadi Awang Kechil
Perwakilan Sidang Assabiqun
(Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS)

Ulasan