PESANAN & TEGURAN MURSYIDUL AM



Ucapan penggulungan oleh Mursyidul Am PAS dimulai dengan muhasabah terhadap tanggungjawab dan amanah yang dipikul, bertepatan dengan pengumuman keputusan undian ahli jawatankuasa tertinggi PAS.

Empat negeri yang telah dipimpin oleh PAS mestilah menguasai keputusan kerajaan bagi membaiki keadaan.

Kata-kata hukama, “Celakalah Ulama yang menunggu di pintu Umara', berbahagialah Umara' yang menunggu di pintu Ulama'' perlu diterjemahkan dengan sebenarnya dalam kepimpinan empat negeri ini.

Dalam lipatan sirah, Rasulullah SAW pernah berdoa semoga ada 'Umar' yang dapat memperkuat saf umat Islam sehingga Allah takdirkan Saidina Umar Al Khattab bersama dalam perjuangan. Walaupun ketika itu bilangan umat Islam hanya sedikit, tetapi Islam tetap terus subur dan berkembang.

Diberikan analogi tiga jenis kepimpinan:-

1. Kepimpinan Kepala Ular - Ekor tidak tahu mana arah kepala yang akan dituju.

2.Kepimpinan Kepala Kura-Kura - Bila ada orang, dia akan sembunyikan diri, sedangkan bila tiada orang dia akan tonjolkan diri.

3.Kepimpinan Kepala Kereta Api - Kepimpinan yang tidak peduli apa yang ada di hadapan, semua dia akan langgar

Mursyidul Am juga memetik sejarah penubuhan UNISHAMS yang asalnya dari titik peluh perjuangan kepimpinan PAS terdahulu sehingga harini ia menjadi universiti yang diiktiraf.

Hadirin diingatkan untuk patuhi kepimpinan dalam apa-apa keputusan yang dasar termasuk konteks. Jangan berlaku pergolakan dalaman yang tidak patut dan ingin buat keputusan sendiri.

Tuan Guru Dato’ Haji Hashim bin Haji Jasin
Mursyidul Am PAS
(Ucapan Penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69)

Ulasan