Seruan munajat untuk Al-Aqsa


PAS mengikuti secara dekat pertempuran yang berlaku antara Palestin dan Israel yang bermula pada hari ini. Serangan besar-besaran telah dilancarkan oleh HAMAS dan Jihad Islami dalam ‘Operasi Taufan Al-Aqsa’ selepas berlakunya ketegangan selama beberapa minggu di sempadan Gaza-Israel.

Saya menyeru kepada seluruh umat Islam untuk menunaikan solat hajat, membaca doa qunut nazilah dan bermunajat untuk saudara Islam kita di bumi Gaza, serta mengadakan ‘Himpunan Solidariti bersama al-Quds’ sebagai bantahan terhadap tindakan zalim Israel yang merampas tanah bumi Palestin.

Al-Quds adalah milik umat Islam.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Rabi’ al-Awwal 1445 / 7 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 7/10/2023

Ulasan