Saudara seagamaku, ini panggilan untukmu


TATKALA hukum syarak, yang telah sekian lama menjadi sendi perundangan negara.

Tatkala hukum syarak, yang dijamin dalam Perlembagaan, dan tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak.

Dan hukum syarak ini, hari ini telah dicabar oleh mereka, yang lemah pegangannya, demi membebaskan diri dari hukum agama.

Di saat kita bersolidariti, untuk saudara seakidah kita yang diancam di bumi Palestin, rupanya undang-undang syariah kita sedang dicabar di negara sendiri!

Apa matlamat mereka? Hanya satu, untuk menghapuskan hukum syarak ini, dari mengikat seluruh umat Islam di Malaysia.

Lalu di mana suara kita?

Apa tindakan kita?

Saudaraku, pada Isnin, 20 November 2023 ini, akan ditentukan nasib dan masa depan hukum syariah di negara kita.

Maka, ayuh saudara seagamaku. Sambut panggilan ini. Kita berhimpun di Himpunan Selamatkan Syariah, di perkarangan Istana Kehakiman pada hari tersebut. Nyatakan solidariti dan kebersamaan kita, mempertahan maruah agama kita.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Jumpa di sana.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan PAS – HARAKAHDAILY 12/11/2023

Ulasan